- tidak terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati
- 'indoor game' terlalu mahal. 1 token RM2, dan setiap permainan memerlukan 2 token. Bagi yang terlebih bajet boleh bermain semua permainan sehingga puas tapi jika membawa ramai anak...??
- Colmar Tropicale adalah sebuah kawasan yang unik da pengusaha cuba menampilkan gaya French... Kelihatan gagal. Bukan gagal kerana tidak berjaya menghasilkan gaya French tetapi susanana sekeliling serta tindakan pengusaha yang sambil lewa untuk membangunkan kawasan tersebut.
- Ketika cuti sekolah atau cuti umum, caj dikenakan untuk setiap bilik amatlah mahal...
- Harga makanan dan minuman juga terlalu mahal. 100plus tin berharga RM6 setin... Mahalkan...??
Antara kawasan menarik untuk dilawati...:
RABBIT PARK - perlu membayar tiket masuk bernilai RM3 seorang. Tiket Kanak kanak 4 tahun keatas juga RM3 seorang... Rasa hampa juga kerana sudah menginap dihotel mereka, mengapa perlu membayar lagi untuk masuk ke Rabbit Park...
FRENCH TOWN (COLMAR TROPICALE)
Jappanese tea House... Penat nak naik sampai atas... Seeloknya naik shuttle bus dari colmare tropicale
Tips untuk ke Colmar Tropicale:
- Bawa bekalan air secukupnya, roti, tuna mayonese, Nutella, makanan ringan, 'japanese cucumber' untuk dimakan bersama roti & tuna mayonese
- Bertolak lah seawal 9 pagi untuk ke Colmar Tropicale. Perjalanan ke Colmar Tropicale hanya mengambil masa 1 jam ke 1 jam setengah dari Kuala Lumpur. Jadi jika bertolak awal, kita boleh berjalan-jalan dahulu sekeliling Colmar Tropicale menikmati pemandangan yang indah.
- Seeloknya cuba melawat Japanese village kerana kawasannya sangat cantik dan segar
Sekian, diharap pihak Colmar Tropicale cuba lagi untuk menaikkan taraf kawasan tersebut kerana pelaburan yang besar sudah dilaburkan untuk tempat itu maka amat sayang sekali jika tidak dijaga dan dinaik taraf... Contohnya mengadakan stall-stall makanan ringan untuk menjual burger yang murah, gula-gula kapas, jagung, hotdog... Inin supaya kawasan tersebut kelihatan meriah..
No comments:
Post a Comment