Terima Kasih kerana melawat blog ini. diharap maklumat didalam blog ini dapat membantu anda semua untuk menikmati pengalaman percutian yang menarik serta indah... Wasalam
Friday, January 7, 2011
Awana Kijal
Setiap kali suami ada mesyuarat di pejabat tapak Kijal, saya dan anak2 pasti akan dibawa bersama da kami akan bermalam di Awana Kijal.. Awana Kijal tidak pernah menghampakan kunjungan kami.. Walaupun sudah berkali-kali kami bermalam di sana, tempatnya masih tetap menarik, bersih dan selesa... Bilik nya juga selesa dan tandas juga sentiasa bersih...
Di Awana Kijal terdapat permainan chess gergasi, swimming pool yang menarik dan sesuai untuk anak-anak kami yang masih kecil Pemandangan tepi pantai juga amat menarik...
Tips:
-Pastikan keluar awal pagi, melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pemanduan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Kuala Lumpur.
- Nikmatilah makan malam di restoran-restoran tepi jalan yang mengenakan harga yang amat murah
- Untuk membeli keropok lekor yang sedap, singgahlah di pusat perikanan Kemaman sebelum meneruskan perjalanan pulang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment